Wednesday, February 27, 2019

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak


                                 TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK

Nilai Masyarakat Malaysia

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.KESAVATHEVAN A/L SATHIAMURTHY(15DAT18F1001)
2.DEV NARASIMHA RAO A/L SREENIVASARAO(15DAT18F1005)
3.THHARANIE A/P KALAIVANAN(15DAT18F1009)
4.SHARMILA A/P GUNALAN(15DAT18F1021)
5.PRINTHAA A/P MUNUSAMY(15DAT18F1027)
6.MOESHA SHARON PRESHELLA A/P DAVID(15DAT181028)





            Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mestibertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalahdiwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama.Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakatpendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaaliknya ibubapa yang melalalikan tugasamanah ini adalah berdosa.

         Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agamadan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersihfitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anakseterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:

                                  "Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam

                                   keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan

                                   ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau

                                   majusi."

     Hadith tersebut menunjukkan kepada kita betapa beratnya tanggungjawab ibubapaterhadap anak-anaknya. Kesalahan kita mendidiklah maka anak-anak sekarangmenjadi tak keruan hidupnya dengan pelbagai masalah sosial seperti bohsia, bohjandan aktiviti lepak yang semakin menjadi. Sungguh malang seribu kali malang,sudahlah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada mereka, ibu bapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling dahsyat lagi, mereka asyik mengumpul dan terpengaruh dengan pujukan dunia. Menjadi korporat adalah satu lagi keparat (maaf - bukan semua). Oleh kerana hendakkan kemewahan yang berlipat ganda terabaitugas sebagai bapa dan suami. Anak maharajalela dan isteri pula main kayu tiga.

     Berapa banyak hari ini anak-anak yang tidak tahu membaca Al-Quran. Tidak tahu sembahyang bahkan Fatihah pun tak boleh baca, jauh sekali dari menghafalnya.Masya'Allah ada yang tak tahu menyebut syahadah walaupun dah baligh. Inikahwawasan kita membangunkan kemanusiaan anak-anak.Akibatnya kebanyakan anak-anak hari ini terdiri daripada mereka yang hanya pandaiberpoya-poya, pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta menderhakaikepada orang-orang tuanya. Akhirnya bila sampai tahap, mereka akan menjadi anakyang liar. Ibu bapa seolah-olah memelihara anak-anak haiwan sama seperti anakrimau, kucing atau ayam. Betapa tidak haiwan tak sembahyang samalah seperti anak-anak itu. Bahkan haiwan lebih baik sebab tidak diberikan akal. Ketika ini baruibubapa mengeluh bukan menyalahkan dirinya tetapi salahkan anak-anak dan palingteruk menyalahkan orang lain. Sebenarnya semua ini berpunca daripada ibubapayang tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak.

    Ibubapa mesti mengambil berat tentang soal pemakanan anak-anak. Bukan  diperhatikan tentang khasiat vitamin makanan itu saja tetapi pastikan kehalalannya.Adakah ia dari sumber yang halal atau haram. Ini penting kerana mengikut Nabi'daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih utama untuknya'.

       Sekarang ini perkara seperti ini jarang diberikan penekanan tambahan pula amalan ekonomi yang berasaskan perbankan non-Islamik. Bagaimana diharapkan amalan soleh jika pemakanan tidak lagi soleh. Makanan yang baik membuahkan amalan baik(soleh), manakalan makanan yang tidak baik menghasilkan amalan yang tidak baik juga (tholeh).

      Satu kisah pada zaman Nabi, seorang sahabat yang berjemaah bersama nabi kerapkeluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Nabi bertanyakan kenapa baliktergesa sebelum berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yangibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buahtamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darahdagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haramitu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Nabi terdiam dan tidakberkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

           Begitulah orang dahulu mengambil berat soal pemakanan anaknya. Sebaliknya kitabagaimana? Adakah kita bertanya dari mana buah jambu itu diambil?

   Didikan seterusnya yang mesti dilakukan oleh ibu bapa ialah sembahyang. Nabi sawpernah bersabda:

                              "Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila

                              dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu

                              mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan

                              pisahkan dari tempat tidur."

        Hadith ini adalah merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak itu belum lagiwajib bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya bersembahyang.Anak itu belum wajib kerana dia belum cukup umur (baligh). Jika bapa tak beratkandia bersembahyang ketika ini, agak sukar kanak-kanak itu bersembahyang apabilabaligh. Budaya solat mesti dimulakan sejak 7 tahun lagi.

          Soal baligh ini pada pedapat sekarang berbeza. Ada berpendapat selepas bersarabaru nak solat. Maksudnya bila pencen (55 tahun) baru masuk umur baligh. Palingsedih ada yang tidak baligh sampai ke mati sebab tak solat.

            Nabi Muhammad saw menyuruh (mewajibkan) kita pukul anak berumur 10 tahunyang tidak mahu sembahyang. Tetapi adakah kita pukul? Kita mungkin pukul kalautak buat kerja sekolah atau tak lulus periksa. Jarang kedengaran pukul kerana takmendirikan sembahyang. Manakan nak pukul anak tak bersembahyang sedangkanibubapa sendiri tak bersembahyang. Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan betul.Ibuabapa dewasa ini tidak bimbang anak-anak walaupun perempuan tak balik hinggalarut malam tetapi yang dibimbangkan agaknya kalau anak-anak ayamnya belumpulang waktu senja.

              Pendidikan juga bukan bermula apabila lahir anak. Bahkan semasa dalam kandunganibu sudah mula proses tarbiyah. Sebab itu ibu-ibu mengandung perlu pastikan apayang dia makan, apa yang dia buat dan apa yang dia baca. Sifat ibu akan diwarisioleh anak. Kalau suka menyanyi atau menonton TV, anak yang lahir kelak akanmenurut apa acuan yang dibentuk. Ramaikah ibu-ibu membaca Al-Quran semasamengandungkan anaknya? Sedih melihat wanita masa ini asyik keluar masuk kilangsaja hatta hingga larut malam masih lagi di kilang. Haiwan pun tidur waktu malam,

             Kita manusia masih bertungkul lumus di kilang. Ajaran siapa ini? Allah peruntukkanmasa siang untuk cari rezeki, masa malam untuk rehat. Kita siang malam sama sajamencari rezeki. Orang alim dulu siang bekerja malam beribadat. Kita siang kerjamalam kerja. Bila ibadat? ... Sorry, no time ...Bukan lelaki saja bahkan perempuanlebih ramai kerja shift malam. Manakan suami tak jadi liar? Habis semua disapukadang-kadang anak sendiri jadi mangsa bila lihat isterinya tak ada. Nak salahkansiapa? Apabila terlalu pentingkan kebendaan duniawi beginilah akibatnya. Kemanisanberibadat tidak akan tercapai bagi mereka yang mengejar keduniaan. Kalau 90%usaha dicurahkan untuk dunia berapa peratus agaknya untuk akhirat. Kalau 10% ada juga tapi bila dah teruk kerja badan dah letih sudah tentu 0% untuk ibadat. Al-Quranada menjelaskan 'Kaum lelaki adalah penjaga kaum wanita." Sekarang nak jaga apa?Asyik kerja siang malam. Anak isteri masing-masing punya pasal. Kau nak buat apaterpulang.. asalkan mewah hidup.Perasaan kasih sayang sudah luput dari ibubapa. Ibubapa dewasa ini kebanyakannyasudah tidak menyayangi anak-anak lagi. Buktinya mereka tidak ambil pusing hal-halkeagamaan mereka. Ada yang sanggup membiarkan anak-anak terjun ke dalam apineraka. Anak kera pun kesihan melihat anaknya ditembak pemburu.

             Pernah seorang sahabat Nabi hairan tercengang melihat Nabi mencium pipi cucunyalantas bertanya kenapa Nabi kenapa begitu. Dia bertanya kerana dia sendiri tidakpernah melayan anak atau cucu dengan mesra begitu. Nabi lantas menasihatkannyasupaya mencurahkan kasihsayang kepada kanak-kanak.

         Dalam satu hadith lain, Nabi Muhammad bersabda "Memandang muka anak-anakdengan rasa syukur akan rahmat Allah itu sama seperti melihat muka nabinya."Begitu besar pahala ibubapa memuliakan anak-anak. Oleh itu kita hendaklahmemelihara mereka dengan baik kerana menurut Nabi mengajar satu adab yangbaik kepada mereka adalah lebih baik daripada memberi sedekah satu cupakmakanan setiap hari.

          InsyaAllah ganjaran pahala yang banyak akan diberikan kepada ibubapa yang baik terhadap keluarganya. Oleh itu hendaklah kita sedar benar-benar bahawa kita akanmenemui Allah (mati). Apatah lagi umur kita kian sehari kian bertambah. Apabila bertambah umur kita bererti bertambah hampir pula kita dengan alam barzakh(kubur) atau bertambah hampir kita akan menemui Allah. Kita semua akan kembalikepada Allah yang menjadikan kita. Allah akan bertanyakan apa amalan kita semasa di dunia ini. Apa yang kita bawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Adakah hartabenda yang kita cari selama ini, pagi petang, siang malam, bertungkus lumus macam lipas kudung, tak pernah renggang dengan telefon bimbit, melonggokkanharta, menambahkan saham hingga lupa pada saham akhirat dan lupa kepada Allahyang memberikan kita harta itu. Dapatkah harta yang banyak itu menebus dosa-dosa yang kita buat di dunia ini?

         Atau adakah pangkat dan bintang yang berjela-jela dibawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Dengan pangkat, kedudukan dan darjat terasa seolah-olah kita sudah jadi orang besar dan terasa bongkak dengan Allah. Dengan orang miskin dipandanghina. Dengan ulama dipandang leceh. Adakah pangkat dan darjat dapat menebusdosa yang dilakukan di dunia ini. Dapatkan ia menyelamatkan dari api neraka?Semua ini tidak laku di akhirat.



KEMPEN DERMA DARAH


Tujuan kita membuat kempen derma darah ialah sememangnya satu kejayaan besar dan ia memberikan pelajar peluang untuk memdidik ramai orang untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya darah diutamanya dalam membantu dan menyelamatkan nyawa seseorang.





tanggungjawab ibu bapa terhadap anak projek nilai masyarakat DUB2012DUB2012.blogspot.com